Tuesday 18 October 2011


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1. Latar Belakang
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini
menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu
usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek
pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan,  sosial, ekonomi
dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk
mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke   arah mewujudkan
perpaduan negara.
Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak
apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan
pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu  digubal
Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan
panduan setiap rakyat di negara ini.
Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada
tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula.
Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan
negara meliputi:
“ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).
Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara
yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang
warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian
dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
(b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,
bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,
menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang
baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain,  menghormati
dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina,
dan bersedia berkhidmat untuk negara;
(c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan
negara. Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan
bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya
murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika.
Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.
Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui
dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi
sumbangan kepada negara.
Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia
juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru
itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses
perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan  secara langsung
dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa
Kabinet menjelaskan:
“Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan
bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin
yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap
kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara
beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang
mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara
perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.”
Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem
pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi
cita-cita tersebut.
   
2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah
pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat
dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak,
Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat
telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita
dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.
Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara
dipernyatakan seperti berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan  harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”  
Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara
memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan  kepada Tuhan. Ini
bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan
yang berpegang teguh kepada agama.
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan
ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik
iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini
hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri  yang berikut:
percaya dan patuh kepada Tuhan;
berilmu pengetahuan;
berakhlak mulia;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
dan
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
     
3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara
Memperkembangkan Potensi Individu
Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseora